Tutorial WP: Cara Buat Menu Di WordPress

Hi,

Hari ni saya nak share cara nak buat menu di wordpress. Caranya sangat mudah ! Anda boleh ikut step by step di bawah:

    1. Pertama sekali anda perlulah log in akaun wordpress ada:

      Screenshot 2017-05-03 10.42.32

      Log in WordPress

    2. Pada dashboard, anda tekan Appearance -> Customize.

      Screenshot 2017-05-03 10.48.10

      Page dashboard

    3. Di page customizing, tekan button Menus.

      Screenshot 2017-05-03 10.49.46

      Page Customizing

    4. Di page Menus, tekan button Primary / Add menu (bagi yang baru)

      Screenshot 2017-05-03 10.49.57

      Menu Primary

    5. Contoh jika sudah ada menu Primary, tekan button Add Items dan masukkan nama menu baru.

      Screenshot 2017-05-03 10.50.38

      Page Add Items

    6. Menu baru siap !!

      Screenshot 2017-05-03 10.50.51

      Menu Baru Dipaparkan

Senang kan ?

Selamat mencuba !!

Baiklah, itu sahaja perkongsian kali ini.

Anda dapat sesuatu di sini ?? Komen YES jika dapat !

Like dan Share FB Page Kami –> PAKAR KODING

Posted in Tutorial Wordpress

Apa Itu Domain ?

Domain ialah suatu nama yang digunakan untuk mengenalpasti sesuatu alamat IP atau banyak alamat IP. Sebagai contoh, nama domain seperti Google.com menggabungkan banyak alamat IP. Nama domain digunakan dalam URL untuk mengenalpasti sesuatu laman web.

Sebagai contoh, bagi laman web http://www.wordpress.com/index.html, nama domain ialah wordpress.com. Setiap domain mempunyai akhiran (suffix) tersendiri yang mana ada kaitan dengannya. Ianya terhad kepada sesuatu domain sahaja.

Sebagai contoh akhiran:

  • .com – commercial business
  • .com.my – commercial business (Malaysia)
  • .my – Malaysia
  • .gov – goverment agencies
  • .org – organizations (nonprofit)
  • .mil – military
  • .net – network organizations
  • .ca – Canada
  • .th -thailand

Oleh kerana internet hanya akan membaca alamat IP, bukan nama domain, jadi ia perlukan Domain Name System (DNS) untuk mengubah nama domain kepada alamat IP.

Sekian sahaja untuk hari ini.

Anda dapat sesuatu di sini ?

Jangan lupa klik share ya, terima kasih !

Posted in Tutorial Wordpress

Apa Itu Web Hosting ?

Apa itu web hosting ?

Hi !

Hari ini saya ingin berkongsi apakah itu hosting. Adakah hosting diperlukan dalam mencipta laman web. Kalau nak belajar web sampai MASTER, kita mesti kena tahu dari awal lagi.

” Baik, jom kita mula !

Web hosting ialah satu servis dimana ianya membenarkan sesebuah organisasi atau individu untuk melayari laman web di alam maya ini. Web hosting ini akan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang menyediakan teknologi dan perkhidmatan supaya laman web boleh dilihat di internet. Laman web akan disimpan di dalam komputer khas yang dinamakan server.

Apabila seseorang pengguna ingin melihat laman web, apa yang perlu dilakukan ialah dia hanya perlu menaip alamat laman web atau nama domain menggunakan browser seperti google chrome atau firefox. Komputer akan menyambung ke server dan laman web akan dipaparkan kepada mereka melalui browser tersebut.

Kebanyakan syarikat perkhidmatan hosting akan menyediakan domain untuk anda jika anda mahu mengambil perkhidmatan mereka.
Contoh syarikat yang menyediakan perkhidmatan web hosting ialah seperti godaddy.com, 24hosting.com, hostinger.co, dan banyak lagi.

Anda boleh memilih hosting yang anda minati mengikut keperluan anda. Terdapat banyak pakej yang disediakan dan perlu kita selidiki sebelum memilih sesuatu hosting.

Sekian dahulu pada hari ini perkongsian saya.

Anda dapat sesuatu di sini ? Jika ya, klik share untuk kongsikan dengan kawan-kawan anda.

Terima kasih.

Posted in Tutorial Wordpress

Pengenalan

website-importance-for-businessHi.

Ini adalah post pengenalan.

Nama saya Rafiq. Pemilik blog ini. Blog ini bertujuan untuk berkongsi ilmu-ilmu berkenaan website / domain dan hosting / blog dan sebagainya.

Buat apa nak simpan sorang-sorang kan?

Baik kita kongsikan supaya orang lain juga dapat ambil faedah.

Diharapkan blog ini mendapat sokongan dari semua.

Terima kasih.

Yang benar,

RAFIQ

Posted in Perkongsian
KATEGORI
POST MENARIK